https://fames.my/join-us/ Kami sedang mencari individu yang mesra, yakin & proaktif untuk bantu urus pelanggan, pitching servis & kembangkan jaringan. Tanggungjawab Membina hubungan yang baik bersama pelanggan dan prospek. Mewakili syarikat dengan penuh profesional dalam sebarang pertemuan, panggilan atau komunikasi rasmi. Menjalankan aktiviti pitching untuk memperkenalkan produk syarikat. Kenalpasti saluran pemasaran yang berkesan bagi tujuan penambahbaikan. Aktif dalam membina networking dan peluang baru dengan pelanggan. Sambung dan kembangkan rangkaian yang sedia ada. Merancang dan menyertai program-program seperti talk, forum, dan event bagi memperluas pengaruh. Mahir dalam penyediaan proposal, kertas kerja, dan dokumen berkaitan pelanggan. Kelayakan Minimum Diploma atau Ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Pemasaran, Komunikasi atau bidang berkaitan. Pengalaman kerja dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan. Kemahiran pitching, PR dan networking yang tinggi. Negosiasi dan komunikasi yang baik (lisan & bertulis). Mampu bekerja secara berdikari, proaktif dan mengambil inisiatif. Berminat dan mempunyai sikap positif dalam bidang khidmat pelanggan dan hubungan awam. Kebolehan untuk menyesuaikan diri dan bergerak tanpa format kerja tetap serta mampu cari solusi sendiri. Lokasi : Bandar Puteri Bangi Show more Show less