EKSEKUTIF KANAN (AKAUN) TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Bertanggungjawab untuk menguruskan transaksi kewangan, rutin operasi dan fungsi pelaporan kewangan bagi memantap dan meningkatkan lagi keberkesanan sistem tadbir urus kewangan dalam syarikat. Fungsi teras yang menjadi tanggungjawab Eksekutif Kanan (Akaun) turut merangkumi fungsi-fungsi berikut: Memastikan semua transaksi kewangan direkodkan dengan tepat dan mematuhi keperluan perundangan dan piawaian perakaunan yang berkenaan. Menyemak jurnal harian dan bulanan bagi memastikan ketepatan rekod kewangan serta mengurangkan pelarasan di hujung bulan dan tahun. Menyediakan laporan kewangan dan laporan pengurusan yang tepat pada masanya untuk rujukan dan tindakan pihak Pengurusan, di samping menganalisis perbezaan antara bajet dan prestasi sebenar. Mengendalikan set penuh akaun bagi persekitaran industri perladangan, termasuk akaun hasil, kos dan aset. Menguruskan fungsi perbendaharaan termasuk keperluan pembayaran, penerimaan bayaran serta pengurusan aset dan perbelanjaan am mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan. Mengurus kawalan kredit pelanggan, termasuk menetapkan had kredit, memantau kutipan, menyediakan laporan umur hutang, dan mengambil tindakan pemulihan jika perlu. Menyediakan laporan butiran aliran tunai syarikat berserta unjuran bagi tahun secara bulanan. Menyediakan laporan bajet dan unjuran tahunan. Memastikan rekod perkiraan inventori (costing) dilaporkan dengan tepat. Menyokong Audit Dalaman dan Luaran dengan menyediakan dokumen dan maklumat yang diperlukan semasa audit, serta menyelaras tindakan susulan terhadap penemuan audit. Menjalinkan kerjasama rapat dengan Jabatan Lain, serta bertindak sebagai penghubung antara kewangan dan jabatan operasi untuk memastikan pemahaman yang sejajar mengenai keperluan dan prestasi kewangan. KELAYAKAN Calon perlu mempunyai kemahiran yang baik, pengalaman profesional yang terbukti dan pengetahuan terperinci mengenai proses amalan terbaik industri. Calon juga perlu mempunyai kelayakan seperti berikut:- Bersedia untuk ditempatkan di mana-mana lokasi termasuk di Sabah & Sarawak. Berumur 28-40 tahun. Calon mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Perakaunan dan pengalaman bekerja lebih daripada 7 tahun dalam bidang perakaunan, atau pengalaman yang berkaitan atau mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan fungsi akaun dan kewangan. Kelebihan diberikan kepada calon yang merupakan ahli aktif dalam Malaysian Institute of Accountants (MIA). Calon yang berminat untuk memohon adalah dialu-alukan akan memperolehi peluang-peluang seperti di bawah: Tawaran gaji yang kompetitif dengan pasaran. Persekitaran kerja yang kondusif dan menyokong pembangunan profesional. Peluang peningkatan kerjaya dalam organisasi. Pendedahan kepada pelbagai aspek pengurusan kewangan dan operasi syarikat. Latihan dan pembangunan kemahiran secara berterusan.