Objektif Jawatan Membaiki dan membuat rework ke atas barang rosak dari pelanggan dan aset syarikat atau reject daripada cawangan serta barangan baru bermasalah, termasuk kerja-kerja membaiki komponen dan litar asas, supaya produk kembali berfungsi dan layak dijual. Tanggungjawab Utama 1. Membaiki barang bermasalah dari pelanggan 2. Membaiki aset syarikat 3. Membaiki barang reject dari cawangan Terima dan semak barang rosak daripada cawangan. Jalankan troubleshooting ke atas produk seperti: - Powerbank, speaker, pengecas, dan aksesori telefon serta lain-lain. Baiki kerosakan komponen dan litar elektronik asas, seperti: - Solder semula sambungan. - Tukar port, suis, bateri, atau IC kecil. - Sambungan semula wayar dan pemulihan sambungan PCB. 4. Rework Produk Baru dari Supplier Baiki barangan baru yang rosak semasa diterima dari supplier. Betulkan isu minor seperti sambungan longgar, port USB rosak, atau wayar tercabut. Pastikan rework selamat dan memenuhi standard fungsi produk. 5. Ujian Selepas Pembaikan Uji fungsi produk selepas setiap pembaikan menggunakan peralatan yang sesuai. Labelkan status barang: "Selesai Baiki", "Tak Boleh Baiki", atau untuk spare part. Pastikan hanya produk yang benar-benar berfungsi dihantar kembali ke stok/cawangan. 6. Rekod & Dokumentasi Rekod kerja pembaikan dengan lengkap: model, masalah, tindakan, dan status. Simpan gambar kerosakan jika diperlukan. Laporkan terus kepada Production Manager atau Data Analyst berkaitan status barang. 7. Pengurusan Peralatan & Tempat Kerja Jaga alatan pembaikan seperti solder, hot air gun, multimeter, glue gun, USB tester. Susun dan asingkan barang mengikut status (baik, rosak, spare part). Pastikan tempat kerja bersih, selamat dan teratur. Kelayakan & Kemahiran Diperlukan Minimum SPM/SKM/Sijil Elektronik atau berkaitan. Pengalaman membaiki barangan elektronik kecil dan aksesori telefon diutamakan. Mahir dalam pembaikan litar asas, sambungan port, penggantian bateri, dan troubleshooting. Mahir guna peralatan teknikal seperti soldering iron, multimeter, USB tester dll. Pandai berkomunikasi - mampu berurusan dengan cawangan dan HQ dengan jelas dan pantas. Fast response - cepat ambil tindakan terhadap barang masuk dan permintaan pembaikan. Cekap, teliti, dan mampu bekerja secara berdikari tanpa pengawasan ketat Show more Show less