Juruteknik Pembaikan Peti Sejuk
PRISM+
-
Petaling Jaya, Selangor
-
Tetap
-
Sepenuh masa
Tanggungjawab juruteknik pembaikan peti sejuk domestik termasuk tetapi tidak terhad kepada
- Melaksanakan kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan, dan pemeriksaan ke atas pelbagai jenis peti sejuk termasuk model inverter dan bukan inverter.
- Melakukan diagnosis masalah dan mengenal pasti kerosakan komponen elektrik/elektronik, mekanikal atau penyejukan.
- Menyediakan penyelesaian teknikal dan membaiki kerosakan peti sejuk di lokasi pelanggan atau di bengkel syarikat.
- Menguji peti sejuk selepas pembaikan untuk memastikan ia berfungsi dengan baik dan selamat digunakan.
- Memberi laporan kerja pembaikan secara bertulis dan mengemas kini rekod dalam sistem pangkalan data syarikat.
- Menasihati pelanggan tentang penjagaan dan penggunaan peti sejuk yang betul bagi mengelakkan kerosakan berulang.
- Memastikan semua kerja dilakukan mengikut piawaian keselamatan dan prosedur kerja syarikat.
- Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lain yang ditugaskan oleh pihak pengurusan.
Requirements - Diploma/Sijil Kemahiran Malaysia dalam Penyejukan dan Penyaman Udara, Teknologi Penyelenggaraan Peti Sejuk atau bidang berkaitan.
- WAJIB ADA pengalaman sekurang-kurangnya 2-3 tahun dalam membaiki peti sejuk atau perkakasan elektrik domestik.
- Mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam sistem penyejukan (refrigeration cycle) dan keupayaan membaca litar elektrik.
- Berpengetahuan dalam menggunakan alatan diagnostik dan pembaikan dengan berkesan.
- Berkebolehan untuk bekerja secara berdikari dan menyelesaikan masalah dengan cekap.
- Mempunyai lesen memandu/motosikal yang sah (jika perlu ke lokasi pelanggan).
- Sihat tubuh badan dan mampu mengangkat/mengalihkan perkakasan elektrik domestik.
- Bersikap positif, berdisiplin dan komited terhadap kerja.
- Boleh bekerja lebih masa atau pada hujung minggu jika diperlukan.
- Kemahiran berkomunikasi lebih daripada satu bahasa adalah satu kelebihan.
Benefits - Kenaikan tahunan dan bonus prestasi.
- Insentif untuk setiap barang yang dihantar.
- Faedah tahunan perubatan.
- Cuti hari jadi.
PRISM+