Juruteknik Pembaikan Mesin Basuh

PRISM+

  • Petaling Jaya, Selangor
  • Tetap
  • Sepenuh masa
  • 1 bulan lepas
Job Description:Tanggungjawab juruteknik pembaikan mesin basuh domestik termasuk tetapi tidak terhad kepada
  • Menjalankan pemeriksaan, penyelenggaraan dan pembaikan ke atas pelbagai jenis mesin basuh (automatik, separa automatik, front-load, top-load).
  • Melakukan diagnosis masalah dan mengenal pasti kerosakan komponen elektrik/elektronik, mekanikal, atau gangguan di sistem air.
  • Menyediakan penyelesaian teknikal dan membaiki kerosakan mesin basuh di lokasi pelanggan atau di bengkel syarikat.
  • Menguji fungsi mesin basuh selepas pembaikan bagi memastikan prestasi berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
  • Memberi laporan kerja pembaikan secara bertulis dan mengemas kini rekod dalam sistem pangkalan data syarikat.
  • Menasihati pelanggan tentang penjagaan dan penggunaan mesin basuh yang betul bagi mengelakkan kerosakan berulang.
  • Memastikan semua kerja dilakukan mengikut piawaian keselamatan dan prosedur kerja syarikat.
  • Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lain yang ditugaskan oleh pihak pengurusan.
Requirements:
  • Diploma/Sijil Kemahiran Malaysia dalam Teknologi Penyelenggaraan Mesin Basuh, Mekatronik atau bidang berkaitan.
  • WAJIB ADA pengalaman sekurang-kurangnya 2-3 tahun dalam membaiki mesin basuh atau perkakasan elektrik domestik yang lain.
  • Pengetahuan yang kukuh dalam sistem operasi mesin basuh, termasuk kawalan elektronik dan aliran air.
  • Berpengetahuan dalam menggunakan alatan diagnostik dan pembaikan dengan berkesan.
  • Berkebolehan untuk bekerja secara berdikari dan menyelesaikan masalah dengan cekap.
  • Mempunyai lesen memandu/motosikal yang sah (jika perlu ke lokasi pelanggan).
  • Sihat tubuh badan dan mampu mengangkat/mengalihkan perkakasan elektrik domestik.
  • Bersikap positif, berdisiplin dan komited terhadap kerja.
  • Boleh bekerja lebih masa atau pada hujung minggu jika diperlukan.
  • Kemahiran berkomunikasi lebih daripada satu bahasa adalah satu kelebihan.
Benefits:
  • Kenaikan tahunan dan bonus prestasi.
  • Insentif untuk setiap barang yang dihantar.
  • Faedah tahunan perubatan.
  • Cuti hari jadi.

PRISM+