Juruteknik Pembaikan Mesin Basuh
PRISM+
-
Petaling Jaya, Selangor
-
Tetap
-
Sepenuh masa
Tanggungjawab juruteknik pembaikan mesin basuh domestik termasuk tetapi tidak terhad kepada
- Menjalankan pemeriksaan, penyelenggaraan dan pembaikan ke atas pelbagai jenis mesin basuh (automatik, separa automatik, front-load, top-load).
- Melakukan diagnosis masalah dan mengenal pasti kerosakan komponen elektrik/elektronik, mekanikal, atau gangguan di sistem air.
- Menyediakan penyelesaian teknikal dan membaiki kerosakan mesin basuh di lokasi pelanggan atau di bengkel syarikat.
- Menguji fungsi mesin basuh selepas pembaikan bagi memastikan prestasi berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
- Memberi laporan kerja pembaikan secara bertulis dan mengemas kini rekod dalam sistem pangkalan data syarikat.
- Menasihati pelanggan tentang penjagaan dan penggunaan mesin basuh yang betul bagi mengelakkan kerosakan berulang.
- Memastikan semua kerja dilakukan mengikut piawaian keselamatan dan prosedur kerja syarikat.
- Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lain yang ditugaskan oleh pihak pengurusan.
Requirements - Diploma/Sijil Kemahiran Malaysia dalam Teknologi Penyelenggaraan Mesin Basuh, Mekatronik atau bidang berkaitan.
- WAJIB ADA pengalaman sekurang-kurangnya 2-3 tahun dalam membaiki mesin basuh atau perkakasan elektrik domestik yang lain.
- Pengetahuan yang kukuh dalam sistem operasi mesin basuh, termasuk kawalan elektronik dan aliran air.
- Berpengetahuan dalam menggunakan alatan diagnostik dan pembaikan dengan berkesan.
- Berkebolehan untuk bekerja secara berdikari dan menyelesaikan masalah dengan cekap.
- Mempunyai lesen memandu/motosikal yang sah (jika perlu ke lokasi pelanggan).
- Sihat tubuh badan dan mampu mengangkat/mengalihkan perkakasan elektrik domestik.
- Bersikap positif, berdisiplin dan komited terhadap kerja.
- Boleh bekerja lebih masa atau pada hujung minggu jika diperlukan.
- Kemahiran berkomunikasi lebih daripada satu bahasa adalah satu kelebihan.
Benefits - Kenaikan tahunan dan bonus prestasi.
- Insentif untuk setiap barang yang dihantar.
- Faedah tahunan perubatan.
- Cuti hari jadi.
PRISM+