Retail Generalist

DobiQueen

  • Shah Alam, Selangor
  • Tetap
  • Sepenuh masa
  • 29 hari lepas
MohonKelayakanJika anda seseorang yang sentiasa inginkan cabaran tanpa henti, diperkayakan dengan hasil pencapaian yang maksimum dan didorong dengan usaha yang menguntungkan, mungkin anda adalah calon yang kami cari untuk menyertai pasukan dinamik kami yang sangat komited terhadap kejayaan jangka panjang.Di sini, perkembangan diri dan kerjaya bukanlah sekadar kata-kata, ia merupakan benih DNA di kalangan kami. Kami sangat berdedikasi dalam memupuk dan memelihara bakat, memberi peluang dan memupuk perkembangan peribadi dan profesional setiap masa.
  • Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja dalam perniagaan runcit
  • Berintegriti
  • Mesra pelanggan
  • Berkepimpinan
  • Sangat teliti dalam menghasilkan laporan tugasan
  • Calon mempunyai pengalaman dalam menguruskan beberapa cawangan
Tanggungjawab
  • Memastikan operasi harian di cawangan berjalan lancar dan selaras dengan piawaian syarikat, termasuk kualiti perkhidmatan, pengalaman pelanggan, prestasi jualan, dan pematuhan operasi.
  • Meningkatkan prestasi keseluruhan cawangan dengan menyokong pertumbuhan jualan, memantau perbelanjaan, dan mengenal pasti peluang untuk penjimatan kos.
  • Menyelia dan mengekalkan pentadbiran cawangan yang berkesan termasuk kawalan inventori dan stok, kebersihan, serta pematuhan kepada protokol keselamatan.
  • Memastikan semua aktiviti di cawangan mematuhi polisi, prosedur, dan piawaian alam sekitar yang ditetapkan oleh syarikat.
  • Mengurus penjejakan penggunaan token, menjalankan semakan berkala di peringkat cawangan, dan menyokong tugas pelaporan seperti laporan CDM (Mesin Deposit Tunai), kutipan jualan, serta jadual pembersihan harian.
  • Bertindak sebagai orang pertama yang mengendalikan sebarang isu yang boleh menjejaskan kelancaran operasi cawangan, serta memastikan penyelesaian yang cepat dan memuaskan.
ManfaatJika anda seseorang yang sentiasa inginkan cabaran tanpa henti, diperkayakan dengan hasil pencapaian yang maksimum dan didorong dengan usaha yang menguntungkan, sertailah pasukan kami yang amat komited terhadap kejayaan jangka panjang. Perkembangan diri dan kerjaya adalah DNA kami!
  • Kemudahan/ kelebihan
  • Cuti Tahunan (8 hari)
  • Bonus enam bulan sekali sekiranya capai KPI
  • Pihak syarikat akan menyediakan pakaian seragam (Uniform) kepada pekerja sebanyak 3 helai.
  • EPF & SOCSO
  • Tuntutan perubatan (dari institusi kerajaan sahaja)
  • Komisyen untuk setiap barang yang berjaya dijual seperti laundry bag, mesh bag, coin purse dan sebagainya
  • Servis basuh baju percuma
Waktu Bekerja
  • Waktu bekerja: 9:00 pagi - 06:00 petang
  • Bekerja 6 hari seminggu & 1 hari cuti pada hari biasa
  • Rehat 1.5 jam
  • Sebarang pertukaran waktu bekerja adalah atas budi bicara Pihak Syarikat.
  • Kerja lebih masa (OT) hanya perlu sekiranya diberitahu oleh pihak atasan.
Kemahiranleadership multitask Manage Outlet Operations Daily Operation Management Customer Service Team Management Communication SkillPeringatan PentingJangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Maukerja