Senior Executive, Accounts

Sinergia

  • Bintulu, Sarawak
  • Tetap
  • Sepenuh masa
  • 1 bulan lepas
About the job Senior Executive, AccountsRINGKASAN:Bertanggungjawab untuk menguruskan transaksi kewangan, rutin operasi dan fungsi pelaporan kewangan bagi memantap dan meningkatkan lagi keberkesanan sistem tadbir urus kewangan dalam syarikat.TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UTAMA:
  • Memastikan semua transaksi kewangan direkodkan dengan tepat dan mematuhi keperluan perundangan dan piawaian perakaunan yang berkenaan.
  • Menyemak jurnal harian dan bulanan bagi memastikan ketepatan rekod kewangan serta mengurangkan pelarasan di hujung bulan dan tahun.
  • Menyediakan laporan kewangan dan laporan pengurusan yang tepat pada masanya untuk rujukan dan tindakan pihak Pengurusan, di samping menganalisis perbezaan antara bajet dan prestasi sebenar.
  • Mengendalikan set penuh akaun bagi persekitaran industri perladangan, termasuk akaun hasil, kos dan aset.
  • Menguruskan fungsi perbendaharaan termasuk keperluan pembayaran, penerimaan bayaran serta pengurusan aset dan perbelanjaan am mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.
  • Mengurus kawalan kredit pelanggan, termasuk menetapkan had kredit, memantau kutipan, menyediakan laporan umur hutang, dan mengambil tindakan pemulihan jika perlu.
  • Menyediakan laporan butiran aliran tunai syarikat berserta unjuran bagi tahun secara bulanan.
  • Menyediakan laporan bajet dan unjuran tahunan.
  • Memastikan rekod perkiraan inventori (costing) dilaporkan dengan tepat.
  • Menyokong Audit Dalaman dan Luaran dengan menyediakan dokumen dan maklumat yang diperlukan semasa audit, serta menyelaras tindakan susulan terhadap penemuan audit.
  • Menjalinkan kerjasama rapat dengan Jabatan Lain, serta bertindak sebagai penghubung antara kewangan dan jabatan operasi untuk memastikan pemahaman yang sejajar mengenai keperluan dan prestasi kewangan.
SYARAT KELAYAKAN:
  • Bersedia untuk ditempatkan di mana-mana lokasi.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Perakaunan
  • Pengalaman bekerja lebih daripada 7 tahun dalam bidang perakaunan, atau pengalaman yang berkaitan atau mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan fungsi akaun dan kewangan.
  • Kelebihan diberikan kepada calon yang merupakan ahli aktif dalam Malaysian Institute of Accountants (MIA).

Sinergia

Pekerjaan yang sama

  • Senior Executive, Accounts

    Sinergia

    • Bintulu, Sarawak
    RINGKASAN: Bertanggungjawab untuk menguruskan transaksi kewangan, rutin operasi dan fungsi pelaporan kewangan bagi memantap dan meningkatkan lagi keberkesanan sistem tadbir urus …
    • 1 bulan lepas
    • Permohonan Mudah
  • Marketing Executive Education

    Interface Global Education (M) Sdn Bhd

    • Bintulu, Sarawak
    Mohon Kelayakan Possess at least a Diploma/Degree. Possess own transport. Willing to look for new network. Team work, good attitude & discipline. Creative. With marketing…
    • 30 hari lepas
  • Sales Executive

    Belohas Sdn Bhd

    • Bintulu, Sarawak
    》良好的读,听,写和沟通能力(中文)/ Good Chinese reading, listening, writing and communication skills 》基本电脑常识 / Basic computer operation knowledge 》能够独立工作 / Ability to work independently 》公司…
    • 14 hari lepas