Tanggungjawab: Menyelia kerja-kerja structural piling dan bored pile di tapak pembinaan mengikut spesifikasi teknikal, pelan kejuruteraan, dan jadual kerja. Menyemak dan mengesahkan susun atur (setting out) sebelum kerja-kerja piling dijalankan. Memantau kualiti kerja kontraktor dan subkontraktor serta memastikan pematuhan kepada SOP, spesifikasi, dan standard keselamatan. Menyelia ujian-ujian teknikal seperti pile integrity test , load test , dan slump test serta memastikan keputusan mematuhi piawaian. Memastikan penggunaan bahan binaan (besi tetulang, konkrit, dsb.) memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Memastikan peralatan dan mesin piling berada dalam keadaan baik serta diselenggara mengikut jadual. Menyediakan laporan harian/mingguan kemajuan kerja dan berkomunikasi dengan jurutera serta pihak pengurusan projek. Berkoordinasi dengan pasukan rekabentuk, jurukur bahan, dan konsultan teknikal untuk menyelesaikan isu di tapak. Memastikan semua pekerja memahami dan mematuhi prosedur keselamatan sebelum kerja dimulakan. Menyelia kerja-kerja penutupan (demobilization) dan memastikan tapak selamat selepas kerja piling selesai. Kelayakan: Minimum Sijil/Diploma dalam Kejuruteraan Awam / Pembinaan atau bidang berkaitan. Pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam kerja-kerja piling, khususnya bored pile dan projek highrise. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai CIDB yang aktif. Show more Show less